Sunday, 15 December 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat


Ketika dan kalimat

Salam minggu terakhir. Salam minggu ke-14. Bukan sekadar minggu akhir, malah ini merupakan semester terakhir di UPM. Tiga tahun setengah telah mengajar aku pelbagai perkara. Semester ketujuh iaitu, semester terakhir ini aku berpeluang untuk belajar sesuatu yang baharu. Sesuatu yang bukan tentang teori, sesuatu yang tidak memerlukan kamus dan sesuatu yang luar biasa. Aku perpeluang untuk berjumpa dengan salah seorang yang sangat hebat di FBMK iaitu, Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.
Buat prof, terima kasih kerana sudi mengajar kami. Terima kasih kerana tak jemu beri kami tunjuk ajar kepada kami semua bermula dari minggu pertama hingga minggu akhir. Walaupun kerja yang prof bagi terlalu banyak dan rasa macam tak mampu, tapi sebenarnya kamu semua dah berjaya siapkan. Hebat macam prof tak? Saya juga mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab pernah kutuk prof (jujur kan saya?). kami mohon doa dari prof, doakan kejaayaan kami semua. Saya pasti akan rindu prof, saya jujur!

Encik Akmal, terima kasih la nohh dok ajaq macam-macam dalam kelaih. Ajaq buat blog, buat kalendar dan semualah. Mintak maap banyak-banyak sebab ada termengutuk, termengata dan ter segala ter. Hidup utaqa!


Tak lupa buat ahli Wakanda Production. Susah senang sama-sama, berjemur tengah panas sama-sama, luang masa sama-sama, curah idea sama-sama dan semua sama-sama. Bukan senang nak buat kerja satu kumpulan ada 12 orang. Macam-macam ragam, macam-macam karenah. Tapi, benda tulah yang mematangkan kita suatu hari nanti. Terima kasih juga sebab sudi tolong dan bagi kerjasama sepanjang kita buat video. Aku minta maaf kalau ada salah silap. Wakanda forever yeayhhh!


Akhirnya untuk semua pelajar Multimedia dalam Bahasa, terima kasih dan mohon maaf semuaaaaaa. Panjang umur kita jumpa lagi. Moga kita semua sama-sama berjaya dunia akhirat. Insha-Allah. Reda itu penting ya!

Buat warga UPM dan geng BLM yang bakal dirindui, terima kasih untuk segalanya!
Done diari tanpa sedar!

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Ketika dan kalimat Salam minggu terakhir. Salam minggu ke-14. Bukan sekadar minggu akhir, malah ini merupakan semester terakhir di UPM...