Showing posts with label Instagram. Show all posts
Showing posts with label Instagram. Show all posts

Sunday, 15 December 2019

BBM3410Satu2019: Minggu 12 Instagram

Assalamualaikum. Hari ini merupakan minggu ke-12 dan bermakna tinggal lagi dua minggu sahaja untuk bergelar pelajar UPM. 

Tugasan untuk minggu ke-12 ini adalah memuat naik dua gambar di akaun instagram iaitu mengenai emoji dan swafoto bersama prof. Gambar pertama ialah mengenai emoji. Aku memilih gambar budak yang mak aku mengasuh iaitu, Mohd Akif Firdaus dengan reaskinya sama seperti emoji yang terkejut sambil mulut ternganga. 

Emoji

Like dan komen dari prof.


Gambar swafoto bersama prof ini aku ambil pada hari khamis iaitu, 5 Desember 2019. Aku lari kejar bas sampai berpeluh semata-mata nak dapatkan gambar ini. Akhirnya, ada juga gambar aku dengan prof. Fuhh lega!

Swafoto bersama prof

Like dan komen dari prof.

BBM3410Satu2019: Minggu 11 Instagram

Assalamualaikum.

Tugasan untuk dimuat naik di akaun instagram minggu ini adalah bertemakan ibu dan keberkatan. Gambar pertama, pelajar perlu memuat naik gambar ibu masing-masing dengan menulis dialog antara ibu dan anak. Jadi aku meletakkan gambar mak aku dengan dialog berkenaan dengan makanan. Makanan dan aku berpisah tiada ya.


Ibu


Keberkatan

Gambar kedua pula ialah aku meletakkan chat daripada whatsapp antara aku dan mak aku. Aku menceritakan, segala perkara yang terjadi atau perkara yang aku akan lakukan, aku akan beritahu mak aku. Mungkin ini salah satu cara aku mohon keberkatan daripada mak abah aku sebelum aku buat sesuatu perkara.

Like dan komen dari prof.

BBM3410Satu2019: Minggu 10 Instagram

Hai warga blog. Apa khabar kalian?

Seperti biasa, hampir setiap mingg pasti ada tugasan yang perlu dimuat naik ke dalam instagram masing-masing. Tema gambar untuk minggu ini ialah "kelegaan" dan "kegembiraan". Jadi untuk kelegaan, aku memilih gambar katil, bantal, selimut dan penutup mata. Ia menggambarkan satu kelegaan bila dapat tidur setelah letih membuat kerja.



Manakala bagi gambar kegembiraan, aku memuat naik gambar aku sambil memegang makanan kegemaran aku iaitu, maggi pedas giler. Dapat beli maggi pun aku dah gembira. Mudahkan?



Oh ya! terima kasih prof sudi like dan komen gambar saya.


BBM3410Satu2019: Minggu 9 Instagram

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tugasan di instagram pada minggu kesembilan ini adalah bertemakan Ketenangan dan Keredhaan. Pada gambar pertama iaitu ketenangan, aku memilih gambar keluarga aku. Aku pasti keluargalah ketenangan abadi kita bukan? Lihat muka ibu ayah sahaja sudah tenang bukan? Jadi itulah ketenangan buat aku.


Tak lupa juga prof sudi like gambar niii. oh yeayyy!


Manakala gambar kedua pula adalah keredhaan. Bagi gambar ini, aku memilih lokasinya di Bukit Ekspo. Gambar ini diambil semasa aku pergi ke pesta konvo UPM untuk merakam video multimedia. Gambar ini aku betul-betul redha berjalan tengah panas di Bukit Ekspo.


BBM3410Satu2019: Minggu 6 Instagram

Hai Assalamualaikum.

Gambar pertama di instagram adalah gambar kucing aku. Kucing aku betina dan diberi nama Ji. Sejak kecil, aku memang minat kucing. Dari dulu juga, aku bela kucing dan Ji ini antara kucing paling lama aku bela. Selain aku, Ji juga sudah jadi anak bongsu dalam rumah. Pencinta kucing sahaja faham seronoknya bila boleh bermain dan bermanja dengan kucing. Nampak lucu tapi tidak. 

Tak sabar nak balik, nak main dengan Ji.


Gambar kedua di instagram adalah gambar aku dan makanan. Aku yakin semua orang suka makan bukan? Bezanya ada orang suka makan pedas, manis, tawar, masin dan sebagainya. Ikut cita rasa tekak masing-masing. Tapi, selalunya cita rasa aku dengan kakak aku hampir sama. Suka benda yang sama. Kalau bab makan, memang aku dan kakak paling laju. Kadang-kadang aku belanja dia dan kadang-kadang dia belanja aku. Tapi paling kerap, dialah yang belanja hihi.


Kakak yang baik selalu belanja adik dia makan. Betul tak? 😆



BBM3410Satu2019: Minggu 4 Asas Fotografi

Assalamualaikum penduduk bumi sekalian.

Pelajar telah diajar beberapa teknik atau Asas Fotografi untuk mengambil sesuatu gambar dengan baik. Jadi, ini merupakan ilmu baharu pada aku untuk mengambil gambar dengan lebih cantik dan baik mengikut keadaan tempat, manusia, warna dan persekitaran.

Jadi, tugasan kali ini pelajar diminta untuk mengambil beberapa jenis gambar asas fotografi dan dimasukkan ke dalam laman blog ini. Pelajar juga diminta untuk memuat naik gambar sebalik tabir (acah buat kerja) di instagram masing-masing. Tujuan gambar ini adalah sebagai bukti bahawa ahli kumpulan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan. 


BBM3410Satu2019: Minggu 4 Kelas Amali

Assalamualaikum.

Tugasan untuk minggu keempat di kelas amali adalah tugasan mengenai Tip Mudah Belajar. Tip Mudah Belajar sebenarnya bergantung pada individu kerana kekuatan dan kelebihan kita berbeza-beza. Jadi di sini aku nyatakan dua tip belajar iaitu, pilih waktu belajar yang sesuai dan sentiasa membuat latihan. Moga berjaya!


BBM3410Satu2019: Minggu 3 Kelas Amali

Salam sejahtera.

Tugasan kali ini adalah perlu menulis dua pengalaman terbaik di dalam yang pernah dialami di dalam buku Eh!!! Media Sosial. Jadi aku memilih pengalaman tinggal di asrama dan pengalam bekerja sambil belajar semasa di UPM. Banyak lagi sebenarnya pengalaman terbaik dalam hidup aku. Tapi antara dua pengalaman ini, pengalaman tinggal di asrama yang paling berharga dan tidak akan dilupakan.

BBM3410Satu2019: Minggu 3 Kelas atas Talian

Salam sejahtera dan selamat pagi. 

Tugasan seterusnya ialah, tugasan atas talian. Pelajar diminta untuk membuat satu penulisan yang bertajuk Etika Penulisan blog dan ringkasan cerpen yang bertajuk Nenek dan Datuk. Sebenarnya, tugasan ini perlu ditulis di dalam laman blog (pada posting lama) dan perlu tangkap skrin (screen shot) dan masukkan ke dalam instagram pula.


Sudah ada di dalam blog dan instagram, jadi kenapa aku masukkan lagi di sini? Ini semua semata-mata nak tunjuk prof like gambar ni. Terima kasih prof.



BBM3410Satu2019: Minggu 1 Multimedia (Instagram)

Hai Assalamualaikum warga blog sekalian. Hari ini aku nak kongsi tugasan tentang Instagram.

Aku yakin kebanyakan masyarakat mempunyai akaun instagram untuk tujuan tertentu terutamanya remaja. Betul kan? Jadi tugasan pada hari ini, kami diminta untuk membuka instagram. Di bawah ini, akaun instagram aku dan jangan lupa follow ya!



Pada hantaran pertama, kami diminta untuk memuat naik gambar sendiri dan tuliskan secara ringkas tentang diri sendiri seperti nama dan nomber matrik. 


Tanpa diduga, prof sudi like gambar aku. Terima kasih prof!


BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Ketika dan kalimat Salam minggu terakhir. Salam minggu ke-14. Bukan sekadar minggu akhir, malah ini merupakan semester terakhir di UPM...