Assalamualaikum dan salam tahniah buat semua graduan Universiti Putra Malaysia. Anda memang hebat!
Walaupun musim konvo, tugasan multimedia berjalan seperti biasa. Kami perlu membuat satu vlog mengenai konvokesyen UPM ini. Bermula dari pintu masuk UPM, kemudian ke FBMK, kemudian ke perpustakaan, terus pula ke dewan besar dan akhir sekali ke pesta konvo di Bukit Ekspo.
Aku bersama-sama dua orang lagi kawan aku merakam situasi di pesta konvo pada hari tersebut. Kami melihat satu persatu gerai jualan, pameran serta booth yang ada di situ. Sangat menarik!
Manakala, ketika di dewan besar pula, kami diminta untuk menebual beberapa orang pelajar dan ibu bapa untuk bertanyakan beberapa soalan seperti apakah perasaan mereka ketika itu. Aku tersentuh dengan ucapan seorang lelaki berpangkat pakcik ketika itu apabila beliau menyentuh soal pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anaknya. Nak tahu apa yang sedihnya? Jangan lupa tekan link di bawah.
No comments:
Post a Comment