Sunday 15 December 2019

BBM3410Satu2019: Video 15 (One Shot Three Layer- Saya Tahu)

Assalamualaikum, bertemu lagi kita di blog.

Tugasan yang paling ditunggu-tunggu akhirnya tibaaaaaa. Video terakhir untuk multimedia dari Wakanda Production. Video terakhir ini ialah video One Shot Three Layer dengan menggunakan lagu ciptaan prof sendiri. Lagu ini sebenarnya ialah mengenai kanak-kanak autisme. Jadi, kami melakonkan watak seorang kanak-kanak kurang upaya bersama-sama ibu bapanya meminta sedekah. Kami memilih kedai makan dan kaki lima kedai sebagai lokasi untuk video ini.  

Link: https://www.youtube.com/watch?v=CMpqHAq4VLk&pbjreload=10


Lagu: Saya Tahu
Saya cuba memahamai
diri saya sendiri
mengapa jadi begini
ayah dan ibu susah hati

Hati saya siapa yang tahu
saya sendiri jadi keliru
ingin menangis seperti selalu
air mata keluar menderu

Saya tahu
semua mahu
soalan bertalu-talu
senyum membisu.

Lirik: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta Universiti Putra Malaysia

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Ketika dan kalimat Salam minggu terakhir. Salam minggu ke-14. Bukan sekadar minggu akhir, malah ini merupakan semester terakhir di UPM...