Sunday, 15 December 2019

BBM3410Satu2019: Video 13 (Serbuk Pencuci Baju)

Hai warga UPM dan warga blog.

Tugasan kali ini adalah tugasan di dalam kelas iaitu melukis sabun pencuci baju. Wakanda Production memilih sabun pencuci baju jenis ketul. Jenama sabun kami adalah SBU iaitu, di dalam bahasa Thai yang membawa maksud sabun. Ya tugasan ini mengajar kami tentang pemasaran sesuatu produk. Salah satu produk sabun dari jenama SBU dalah berbentuk lipstik. Ia mudah dibawa, mudah digunakan dan sangat berkesan. Lipsa ialah gabungan antara lipstik dan sabun. Menarik bukan? 


Lipsa dari SBU: "calit-calit terus hilang"




Tertarik tak tengok bentuk dan fungsi sabun dari jenama SBU?

BBM3410Satu2019: Video 12 ( Vlog Temu Bual Pensyarah)

Hai Assalamualaikum semuaaaa.

Tugasan seterusnya ialah, pelajar perlu mencari seorang pensyarah dan seorang pelajar untuk ditemu bual. Temu bual tersebut mestilah berdasarkan beberapa soalan mengenai multimedia. Misalnya, penggunaan multimedia  dalam kehidupan seharian dan sebagainya.



Jadi, kumpulan Wakanda Production memilih Dr. Zuraini Jusoh untuk ditemu bual. Beberapa soalan telah diajukan kepada beliau mengenai multimedia. Beliau memberikan respon yang sangat positif. Mankala temu bual pelajar pula, kami menemubual Nur Atikah Ahmad dari Fakulti Bioteknologi dan Sains. Saudari Atikah berpendapat bahawa penggunaan multimedia sangat penting sebagai seorang pelajar universiti. 

BBM3410Satu2019: Video 11 (Video Fokus)

Assalamualaikum semua.

Sedikit berbeza pula dengan tugasan video kali ini. Kami dikehendak untuk membuat satu video fokus atau video tanpa wajah. Maknanya, pelakon di dalam video ini tidak boleh menampakkan muka mereka dan hanya menfokuskan kepada satu perkara sahaja. Misalnya kumpulan Wakanda Production memilih tangan sebagai bahan fokus untuk video ini.



Aku melakonkan watai seorang ibu yang menderita sakit dan akhirnya di meninggal dunia. Tinggallah anaknya yang kurang upaya berseorangan. Macam sedih je cerita ini kan? nak tengok? tekan link di atas ya! Terima kasih. 

BBM3410Satu2019: Flatlay Individu

Hai Assalamualaikum. Tamat sudah cuti pertengahan semester untuk sem terakhir.

Tugasan seterusnya adalah tugasan individu. Pelajar dikehendaki untuk menangkap gambar 11 jenis menu makanan. Setiap satu menu perlu empat sudut yang berbeza. Cara menangkap setiap gambar ini memerlukan teknik yang bersesuaian dan cara ini dikenali sebagai Flat Lay.


Jadi, inilah 44 keping gambar makanan yang aku siapkan semasa cuti pertengahan semester. Semua gambar ini kebanyakan hasil hasil air tangan mak aku. Abah dan kakak aku juga turut membantu sepanjang aku siapkan tugasan ini.


Link:  https://youtu.be/qroN3WrUTnQ


BBM3410Satu2019: Video 10 (Vlog Konvokesyen)

Assalamualaikum dan salam tahniah buat semua graduan Universiti Putra Malaysia. Anda memang hebat!

Walaupun musim konvo, tugasan multimedia berjalan seperti biasa. Kami perlu membuat satu vlog mengenai konvokesyen UPM ini. Bermula dari pintu masuk UPM, kemudian ke FBMK, kemudian ke perpustakaan, terus pula ke dewan besar dan akhir sekali ke pesta konvo di Bukit Ekspo. 



Aku bersama-sama dua orang lagi kawan aku merakam situasi di pesta konvo pada hari tersebut. Kami melihat satu persatu gerai jualan, pameran serta booth yang ada di situ. Sangat menarik!

Manakala, ketika di dewan besar pula, kami diminta untuk menebual beberapa orang pelajar dan ibu bapa untuk bertanyakan beberapa soalan seperti apakah perasaan mereka ketika itu. Aku tersentuh dengan ucapan seorang lelaki berpangkat pakcik ketika itu apabila beliau menyentuh soal pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anaknya. Nak tahu apa yang sedihnya? Jangan lupa tekan link di bawah. 

BBM3410Satu2019: Video 9 (One Shot Three Layer)

Hai Assalamualaikum.

Tugasan seterusnya di youtube ialah, kami dikehendaki membuat video di dalam kumpulan iaitu video One Shot Three Layer. Untuk video kali ini, pemilihan tempat untuk membuat rakaman amatlah penting. Layer pertama ialah penyanyi, layer kedua ialah lakonan dan layer ketiga ialah sesuatu yang bergerak secara semula jadi seperti pokok, orang, dan sebagainya. Jadi Wakanda Production memilih Kompleks Akademik A kerana menampakkan pergerakan kereta di bahagian belakang. 

Mari sama-sama saksikan video ini https://www.youtube.com/watch?v=2eN5Hv28FKo&t=26s



Jangan lupa like dan subscribe ya!

BBM3410Satu2019: Video 8 (One Shot Two Layer)

Hai bertemu lagi kita.

Video seterusnya adalah video One Shot Two Layer. Video ini mempunyai two layer atau dua lapis dengan menggunakan satu shot sahaja. Layer pertama, Ada penyanyi yang menyanyikan lagu dan pada layer kedua pula ada pelakon yang melakonkan di belakang penyanyi.



Pada video kali ini, aku dilantik sebagai pengarah. Wakanda Production memilih Anjung 15 sebagai lokasi rakaman dan lagu Sekali Lagi, Naim Daniel. Penyanyi bagi video ini ialah Ayob dan Mohd Nor. Manakala pelakon di belakang membawa jalan cerita tentang kehidupan seorang ibu dan dua orang anaknya. 

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Ketika dan kalimat Salam minggu terakhir. Salam minggu ke-14. Bukan sekadar minggu akhir, malah ini merupakan semester terakhir di UPM...