Sunday, 15 December 2019

BBM3410Satu2019: Flatlay Individu

Hai Assalamualaikum. Tamat sudah cuti pertengahan semester untuk sem terakhir.

Tugasan seterusnya adalah tugasan individu. Pelajar dikehendaki untuk menangkap gambar 11 jenis menu makanan. Setiap satu menu perlu empat sudut yang berbeza. Cara menangkap setiap gambar ini memerlukan teknik yang bersesuaian dan cara ini dikenali sebagai Flat Lay.


Jadi, inilah 44 keping gambar makanan yang aku siapkan semasa cuti pertengahan semester. Semua gambar ini kebanyakan hasil hasil air tangan mak aku. Abah dan kakak aku juga turut membantu sepanjang aku siapkan tugasan ini.


Link:  https://youtu.be/qroN3WrUTnQ


BBM3410Satu2019: Video 10 (Vlog Konvokesyen)

Assalamualaikum dan salam tahniah buat semua graduan Universiti Putra Malaysia. Anda memang hebat!

Walaupun musim konvo, tugasan multimedia berjalan seperti biasa. Kami perlu membuat satu vlog mengenai konvokesyen UPM ini. Bermula dari pintu masuk UPM, kemudian ke FBMK, kemudian ke perpustakaan, terus pula ke dewan besar dan akhir sekali ke pesta konvo di Bukit Ekspo. 



Aku bersama-sama dua orang lagi kawan aku merakam situasi di pesta konvo pada hari tersebut. Kami melihat satu persatu gerai jualan, pameran serta booth yang ada di situ. Sangat menarik!

Manakala, ketika di dewan besar pula, kami diminta untuk menebual beberapa orang pelajar dan ibu bapa untuk bertanyakan beberapa soalan seperti apakah perasaan mereka ketika itu. Aku tersentuh dengan ucapan seorang lelaki berpangkat pakcik ketika itu apabila beliau menyentuh soal pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anaknya. Nak tahu apa yang sedihnya? Jangan lupa tekan link di bawah. 

BBM3410Satu2019: Video 9 (One Shot Three Layer)

Hai Assalamualaikum.

Tugasan seterusnya di youtube ialah, kami dikehendaki membuat video di dalam kumpulan iaitu video One Shot Three Layer. Untuk video kali ini, pemilihan tempat untuk membuat rakaman amatlah penting. Layer pertama ialah penyanyi, layer kedua ialah lakonan dan layer ketiga ialah sesuatu yang bergerak secara semula jadi seperti pokok, orang, dan sebagainya. Jadi Wakanda Production memilih Kompleks Akademik A kerana menampakkan pergerakan kereta di bahagian belakang. 

Mari sama-sama saksikan video ini https://www.youtube.com/watch?v=2eN5Hv28FKo&t=26s



Jangan lupa like dan subscribe ya!

BBM3410Satu2019: Video 8 (One Shot Two Layer)

Hai bertemu lagi kita.

Video seterusnya adalah video One Shot Two Layer. Video ini mempunyai two layer atau dua lapis dengan menggunakan satu shot sahaja. Layer pertama, Ada penyanyi yang menyanyikan lagu dan pada layer kedua pula ada pelakon yang melakonkan di belakang penyanyi.



Pada video kali ini, aku dilantik sebagai pengarah. Wakanda Production memilih Anjung 15 sebagai lokasi rakaman dan lagu Sekali Lagi, Naim Daniel. Penyanyi bagi video ini ialah Ayob dan Mohd Nor. Manakala pelakon di belakang membawa jalan cerita tentang kehidupan seorang ibu dan dua orang anaknya. 

BBM3410Satu2019: Video 7 (One Shot One Layer)

Salam sejahtera.

Tugasan berkumpulan seterusnya adalah video nyanyian One Shot One Layer.



One Shot One Layer di sini membawa maksud video nyanyian sambil menari tanpa perlu melakonkan sebarang watak. Latar belakang bagi video ini juga perlulah kosong tanpa sebarang benda bergerak. Jadi Wakanda Production telah memilih lagu daripada Freedom yang bertajuk Mulanya di sini. Kami telah menjadikan Sanggar 12, Kolej Serumpun sebagai lokasi pengembaraan.

Lagu ini merupakan antara lagu lama yang dapat memberi kesan kepada kita. Tidak percaya?

Selamat menonton. Sekian Terima kasih.

BBM3410Satu2019: Fotografi 5 (Flatlay) Video Berkumpulan

Assalamualaikum.



Tugasan kali ini masih mengenai fotografi iaitu, Flatlay. Terdapat empat sudut untuk mengambil gambar Flatlay ini iaitu, full flatlay, half flatlay, quater flatlay dan zero flatlay. Pelajar perlu mengambil beberapa jenis gambar flatlay seperti flatlay manusia, makanan, minumam, barang dan bebas. 

Jadi, mari saksikan video flatlay daripada Wakanda Production.

BBM3410Satu2019: Fotografi 4 (Simpulan Bahasa)

Selamat pagi dan apa khabar pengguna setia blog.

Wakanda Productin membawakan anda sebuah video fotografi mengenai beberapa simpulan bahasa Melayu. Pelajar hanya perlu menangkap gambar dan melakonkan makna bagi simpulan bahasa tersebut sahaja. Jadi, penonton perlu meneka simpulan bahasa yang ingin di sampaikan melalui lakoknan daripada gambar tersebut. 



Ia membuktikan bahawa bahasa bukan sahaja boleh disampaikan melalui lisan, malah dari segi perbuatan dan tingkah laku juga sesuatu bahasa itu boleh terjadi.


BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Ketika dan kalimat Salam minggu terakhir. Salam minggu ke-14. Bukan sekadar minggu akhir, malah ini merupakan semester terakhir di UPM...