Sunday 15 December 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat


Ketika dan kalimat

Salam minggu terakhir. Salam minggu ke-14. Bukan sekadar minggu akhir, malah ini merupakan semester terakhir di UPM. Tiga tahun setengah telah mengajar aku pelbagai perkara. Semester ketujuh iaitu, semester terakhir ini aku berpeluang untuk belajar sesuatu yang baharu. Sesuatu yang bukan tentang teori, sesuatu yang tidak memerlukan kamus dan sesuatu yang luar biasa. Aku perpeluang untuk berjumpa dengan salah seorang yang sangat hebat di FBMK iaitu, Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.
Buat prof, terima kasih kerana sudi mengajar kami. Terima kasih kerana tak jemu beri kami tunjuk ajar kepada kami semua bermula dari minggu pertama hingga minggu akhir. Walaupun kerja yang prof bagi terlalu banyak dan rasa macam tak mampu, tapi sebenarnya kamu semua dah berjaya siapkan. Hebat macam prof tak? Saya juga mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab pernah kutuk prof (jujur kan saya?). kami mohon doa dari prof, doakan kejaayaan kami semua. Saya pasti akan rindu prof, saya jujur!

Encik Akmal, terima kasih la nohh dok ajaq macam-macam dalam kelaih. Ajaq buat blog, buat kalendar dan semualah. Mintak maap banyak-banyak sebab ada termengutuk, termengata dan ter segala ter. Hidup utaqa!


Tak lupa buat ahli Wakanda Production. Susah senang sama-sama, berjemur tengah panas sama-sama, luang masa sama-sama, curah idea sama-sama dan semua sama-sama. Bukan senang nak buat kerja satu kumpulan ada 12 orang. Macam-macam ragam, macam-macam karenah. Tapi, benda tulah yang mematangkan kita suatu hari nanti. Terima kasih juga sebab sudi tolong dan bagi kerjasama sepanjang kita buat video. Aku minta maaf kalau ada salah silap. Wakanda forever yeayhhh!


Akhirnya untuk semua pelajar Multimedia dalam Bahasa, terima kasih dan mohon maaf semuaaaaaa. Panjang umur kita jumpa lagi. Moga kita semua sama-sama berjaya dunia akhirat. Insha-Allah. Reda itu penting ya!

Buat warga UPM dan geng BLM yang bakal dirindui, terima kasih untuk segalanya!
Done diari tanpa sedar!

BBM3410Satu2019: Kalendar 2020

Salam sejahtera semua.

Tugasan kelas amali minggu ini perlu membuat kalendar 2020 dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop.



Ini merupakan salah satu ilmu baharu yang aku belajar dalam kelas multimedia ini sebab sebelum ini, aku tidak pernah guna Adobe Photoshop. Pelajar dikehendaki untuk membuat kalendar bulan januari hingga desember 2020 dalam masa tiga minggu. Kalendar ini juga perlu memperlihatkan beberapa lapis atau layer seperti gambar latar belakang, gambar sendiri, kata-kata motivasi dan kalendar.



Ini merupakan muka depan kalendar yang perlu ada gambar sendiri, nama, nomber matrik, mata pelajaran dan nama prof.
























Ini kalendar 2020 dari bulan Januari hingga bulan Disember.

BBM3410Satu2019: Vlog Makanan

Assalamualaikum warga blog.

Tugasan Video terakhir ialah Vlog Makanan. Pelajar dikehendaki membuat vlog makanan sama ada secara individu atau berkumpulan dua hingga tiga orang. Pelajar perlu memilih salah satu kedai makan untuk video vlog kali ini. Video kali ini aku dan rakan aku Nurul Nadhirah telah memilih Putra Biz@Cafe di Komples Akademi A, Universiti Putra Malaysia.

Jom tengok video kami di link:
https://youtu.be/lvdbT92NPos


Jadi aku memilih menu Nasi Putih dan Daging Salai dan Nadhirah memilih menu Nasi Putih dan Chicken Chop. Rasanya sedap dan harga pun berpatutan. Yang tak pernah cuba lagi, silalah serbu KAA. Terima kasih!

BBM3410Satu2019: Video 15 (One Shot Three Layer- Saya Tahu)

Assalamualaikum, bertemu lagi kita di blog.

Tugasan yang paling ditunggu-tunggu akhirnya tibaaaaaa. Video terakhir untuk multimedia dari Wakanda Production. Video terakhir ini ialah video One Shot Three Layer dengan menggunakan lagu ciptaan prof sendiri. Lagu ini sebenarnya ialah mengenai kanak-kanak autisme. Jadi, kami melakonkan watak seorang kanak-kanak kurang upaya bersama-sama ibu bapanya meminta sedekah. Kami memilih kedai makan dan kaki lima kedai sebagai lokasi untuk video ini.  

Link: https://www.youtube.com/watch?v=CMpqHAq4VLk&pbjreload=10


Lagu: Saya Tahu
Saya cuba memahamai
diri saya sendiri
mengapa jadi begini
ayah dan ibu susah hati

Hati saya siapa yang tahu
saya sendiri jadi keliru
ingin menangis seperti selalu
air mata keluar menderu

Saya tahu
semua mahu
soalan bertalu-talu
senyum membisu.

Lirik: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2019: Video 14 (Tragedi dan Seram)

Salam sejahtera semuaaaaa. Tugasan demi tugasan telah berlalu, dan kali ini kena buat video seram. 

Wakanda Production membawakan anda sebuah kisah tentang seorang gadis yang mengalami tekanan jiwa. Kisahnya bermula apabila ayahnya meninggal dunia dan dia hilang tempat mengadu. Ibu dan adik beradik tirinya sering menderanya hingga dia mengalami tekanan yang begitu dahsyat. Akhirnya dia memilih untuk membalas dendam kepada ibu dan adik beradik tirinya. Caranya begitu kejam keran dia sanggup....... 

nak tahu tak dia buat apa? meh tekan link di bawah.



Dah tengok keee? seram tak? 

BBM3410Satu2019: Video 13 (Serbuk Pencuci Baju)

Hai warga UPM dan warga blog.

Tugasan kali ini adalah tugasan di dalam kelas iaitu melukis sabun pencuci baju. Wakanda Production memilih sabun pencuci baju jenis ketul. Jenama sabun kami adalah SBU iaitu, di dalam bahasa Thai yang membawa maksud sabun. Ya tugasan ini mengajar kami tentang pemasaran sesuatu produk. Salah satu produk sabun dari jenama SBU dalah berbentuk lipstik. Ia mudah dibawa, mudah digunakan dan sangat berkesan. Lipsa ialah gabungan antara lipstik dan sabun. Menarik bukan? 


Lipsa dari SBU: "calit-calit terus hilang"




Tertarik tak tengok bentuk dan fungsi sabun dari jenama SBU?

BBM3410Satu2019: Video 12 ( Vlog Temu Bual Pensyarah)

Hai Assalamualaikum semuaaaa.

Tugasan seterusnya ialah, pelajar perlu mencari seorang pensyarah dan seorang pelajar untuk ditemu bual. Temu bual tersebut mestilah berdasarkan beberapa soalan mengenai multimedia. Misalnya, penggunaan multimedia  dalam kehidupan seharian dan sebagainya.



Jadi, kumpulan Wakanda Production memilih Dr. Zuraini Jusoh untuk ditemu bual. Beberapa soalan telah diajukan kepada beliau mengenai multimedia. Beliau memberikan respon yang sangat positif. Mankala temu bual pelajar pula, kami menemubual Nur Atikah Ahmad dari Fakulti Bioteknologi dan Sains. Saudari Atikah berpendapat bahawa penggunaan multimedia sangat penting sebagai seorang pelajar universiti. 

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Ketika dan kalimat Salam minggu terakhir. Salam minggu ke-14. Bukan sekadar minggu akhir, malah ini merupakan semester terakhir di UPM...