Seram? Takut? Ruang usang ini sebenarnya cantik untuk bergambar. Tempatnya
yang agak tersembunyi dan tidak ramai yang tahu. Mungkin kerana ia kelihatan
sedikit seram dan menakutkan. Boleh sahaja jika kalian mahu pergi ke sini.
Hanya di FBMK.
Membantu itu amalan mulia bukan. Jika kita melihat rakan di dalam
kesusahan, bantulah mereka. Jangan biar mereka keseorangan.
Cantik bersanadar di pagar belakang. Pagar atau tiang? Kurang pasti.
Sekadar mahu berehat dan melepas lelah mungkin sesuai di sini. Pokok dan rumput
hijau di belakang tidak kurang cantiknya. Menaikkan lagi seri untuk mengambil
gambar.
Medium Shot Pemandangan dan Manusia
Lenggang kangkong empat sahabat ini. Dua orang berpayung, dua orang
menggalas bag. Bersembang sambil berjalan, bertentangan mata. Berjalan
seiringan, meluahkan rasa. Kebetulan tema biru dipakai itu menonjolkan lagi
wajah ceria masing-masing.
Terbanglah sejauh mana yang engkau mahu. Sama seperti, lakukanlah apa sahaja
yang kita mahulakukan. Asalkan tidak melupa diri. Sahabat ini adalah manusia
yang akan ada disekelilingmu dalam apa jua perkara. Malah, dia akan membantumu
mencapai cita-cita.
Jangan dilepas tangan itu. Sahabat itu memerlukan antara satu sama lain. Jika
engkau berjalan, pimpinlah tangannya. Jika engkau mahu terbang, bawalah dia
bersama. Siapa lagi yang akan sentiasa bersamamu jika bukan teman baikmu. Merekalah
tempat untuk kita berkongsi rasa.
No comments:
Post a Comment