Tuesday, 1 October 2019

BBM3410Satu2019: Long Shot (Wakanda Production)

Long Shot Pemandangan



Jauh perjalanan, luas permandangan. Seperti gambar ini, gigih kayuh basikal sampai ke atas bukit untuk bergambar. Jauh perjalanan sampai berpeluh-peluh panjat bukit belakang Dewan Za’ba semata-mata mahu ambil gambar. Penat yang berbaloi kerana dapat melihat pemandangan yang sangat indah dari atas. Cantik bukan gambar ini? Nampak banyak bangunan dan bukit bukau dari jauh.


Siapa sahaja yang tidak gemar untuk ke pantai. Pantai merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk beriadah bersama-sama keluarga. Tenang, nyaman dan indah. Itu adalah definisi paling tepat bagi menggambarkan suasana di pantai. Jangan difikirkan kulit terbakar jika berjemur di pantai. Pergi dan lihatlah ketenangan biru airnya.


 Gabungan tiga warna ini menaikkan lagi seri gambar ini. Warna-warna alam seperti hijau, biru dan koko merupakan satu kombinasi yang cukup sempurna. Tidak perlu terlalu padat dengan banyak perkara. Cukuplah ringkas seperti ini sudah memadai cerita disebalik gambar tersebut.

Long Shot Pemandangan dan Manusia





Ramai manusia sedang berebut-rebut untuk bergambar di sini. Permandangannya yang cantik, membuatkan mereka tidak lepas peluang untuk melakar kenangan di sini. Hijau pokoknya, membuatkan suasana menjadi tenang dan lebih nyaman. Hiasan pokok-pokok di sini mencerikan lagi suasana.


Pemandangan bersama seseorang yang sedang berjalan. Kelihatan dia berjalan seorang diri mungkin baru sahaja tamat kelas. Jalan yang lurus dan panjang membuatkan gambar ini nampak lebih jauh dan kecil. Pokok-pokok hijau yang tinggi di sebelah kiri dan kanan memainkan peranan untuk menstabilkan kedudukan gambar ini.  


Kelihatan kecil dan comel sahaja sebatang tubuh di tengah jalan itu. Berjalan seorang diri telah menjadi satu hobi dalam baginya. Dia lebih selesa untuk melakukan sesuatu atau pergi ke suatu tempat seorang diri. Bebas. Itulah yang dia mahukan. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Ketika dan kalimat Salam minggu terakhir. Salam minggu ke-14. Bukan sekadar minggu akhir, malah ini merupakan semester terakhir di UPM...