Gambar di atas menunjukkan emosi teruja. Dia berasa teruja melihat sesuatu
yang disukai atau digemarinya. Misalnya, melihat makanan kegemaran di
hadapannya. Siapa sahaja yang tidak teruja dan gembira apabila melihat makanan
di depan mata. Mukanya jelas kelihatan teruja untuk mencuba makanan tersebut.
Tambahan pula, makanan yang berada di hadapannya itu, jarang ditemui atau sudah
lama dia tidak makan.
Mug Shot di atas memperlihatkan emosi sedih. Dia bersedih kerana rindu akan
kampung halamannya. Barangkali dia rindu keluarganya kerana sudah beberapa
bulan tidak pulang menemui mereka. Tinggal jauh daripada keluarga tercinta
bukanlah suatu perkara yang mudah. Sedihnya, hanya dia seorang yang menanggung.
Oleh kerana tidak dapat dibendung lagi rasa rindu itu, dia meluahkan rasa
melalui air matanya.
Marah merupakan satu emosi atau perasaan yang perlu dikawal. Jika dibiarkan
perasaan tersebut menguasai diri, nescaya banyak perkara buruk yang bakal
berlaku.
No comments:
Post a Comment