Assalamualaikum semua. Hantaran kali ini mengenai ulasan buku Eh!!! Media Sosial.
Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Penulisan blog ini boleh dijadikan sebagai kegunaan peribadi atau berkongsi pandangan dengan orang ramai. Blog ini juga boleh digunakan untuk mempromosi dan mengiklankan sesuatu produk perniagaan. Medium ini bermula atas talian pada tahun 1991 dalam World Wide Web sebagai mod untuk berkongsi sebarang maklumat. Pada awalnya, blog ini mempunyai tiga ciri utama iaitu, mengandungi pautan ke arah yang lain dalam web, mempunyai komen pada pautan, interaktif serta saling berkait.
Nowson (2006) berpendapat bahawa blog merupakan laman web yang dikemas kini mengikut susunan kronologi manakala bahasa yang digunakan juga tidak formal dan kurang terhad. Hal ini mendapat sokongan daripada Levy (2009) yang menyatakan penulisan blog dapat menjadikan seseorang menjadi lebih baik. Misalnya, dapat meningkatkan keyakinan diri dan kreativiti seseorang.
Di dalam buku Eh!!! Media Sosial ini, Normaliza Abd Rahim telah menyenaraikan beberapa cara penulisan blog yang boleh diikuti. Antaranya ialah, tajuk menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Tajuk bagi penulisan blog mestilah memberi impak kepada pembaca untuk membacanya. Penulisan blog mestilah dapat dibaca dan difahami oleh semua golongan masyarakat. Penulis blog juga mestilah mempunyai ilmu sebelum memulakan penulisan di laman blog.
Beberapa kajian mengenai blog telah dilakukan dalam kalangan pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat penggunaan pelajar terhadap blog. Hasil kajian mendapat bahawa pelajar perempuan lebih cenderung untuk menulis di laman blog berbanding pelajar lelaki. Kajian juga mendapati bahawa kebanyakkan pengguna blog memilih untuk menulis cerita pendek atau cerpen di laman blog mereka.
Bab 6 ini juga meenunjukkan cara penghasilan blog di dalam blogspot. Cara penghasilan blog ini ditunjukkan dari langkah pertama hingga langkah terakhir oleh Normaliza Abd Rahim (2014). Pelajar perlu mengikuti langkah-langkah yang telah dinyatakan untuk menghasilkan blog dengan baik.
Kesimpulannya, kajian yang dilakukan itu membuktikan bahawa salah satu cara untuk pelajar mempelajari ilmu kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi adalah melalui blog. Ia merupakan satu alat pembelajaran yang memberi kesan kepada dunia penulisan.
No comments:
Post a Comment