Wednesday, 27 November 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim


Assalamualaikum warga blog, mari baca Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi oleh Normaliza Abd Rahim.

Buku kajian wacana dan strategi komunikasi teori dan aplikasi ini mempunyai tujuh bab kesemuanya. Ia menceritakan mengenai beberapa jenis teori yang dapat dikaitkan dengan komunikasi masyarakat. Pada bab pertama, buku ini menceritan tentang kajian wacana. Ia menerangkan menghuraikan definisi wacana menurut beberapa tokoh. Antaranya ialah, Hawthorn (1992) menyatakan bahawa wacana adalah satu kebahasaan yang dapat dilihat sebagai pertukaran antara pembicara dan pendengar melalui persekitaran. Manakala bab kedua pula bertajuk Teori dan Pendekatan Wacana yang mengemukan beberapa teori penting mengikut pakar-pakar wacana. Teori yang terkandung di dalamnya ialah, Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983), Teori Wacana Analisis Stubbs (1983), Teori Analisis Wacana Kritis Vandijk (1977), Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018), Teori Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018). Pada bab ketiga pula, buku ini mencerikan mengenai Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran. Kajian wacana pada bab ini meliputi tiga kajian wacana tekstual iaitu lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Nilai-nilai sosial yang terdapat di dalam kajian ini memberi implikasi terhadap masyarakat tentang pentingnya peribadi yang mulia. Bab keempat pula bertajuk strategi komunikasi. Ia menghuraikan maksud dan ciri-ciri komunikasi menurut beberapa tokoh. Ia juga menceritakan bagaimana sesebuah komunikasi itu boleh wujud melalui beberapa kajian yang telah dilakukan. Setiap komunikasi itu mempunyai tujuan tertentu yang dapat memberikan kesan kepada masyarakat. Pada bab keenam, ia menerangkan kajian komunikasi yang dilakukan terhadap kanak-kanak. Bab yang bertajuk Analisis Strategi Komunikasi dalam Kalangan Kanak-kanak ini dilakukan melalui ujian perbualan yang dilakukan oleh beberapa orang pelajar sekolah rendah. Kajian ini memberi implikasi kepada guru, ibu bapa dan pelajar kerana sesuatu komunikasi itu memberikan kesan yang bermakna. Kesimpulannya, buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi ini dapat menambahbaikan kemahiran tulisan, teks dan komunikasi dalam masyarakat.




Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Ketika dan kalimat Salam minggu terakhir. Salam minggu ke-14. Bukan sekadar minggu akhir, malah ini merupakan semester terakhir di UPM...