Sunday, 15 December 2019

BBM3410Satu2019: Video 7 (One Shot One Layer)

Salam sejahtera.

Tugasan berkumpulan seterusnya adalah video nyanyian One Shot One Layer.



One Shot One Layer di sini membawa maksud video nyanyian sambil menari tanpa perlu melakonkan sebarang watak. Latar belakang bagi video ini juga perlulah kosong tanpa sebarang benda bergerak. Jadi Wakanda Production telah memilih lagu daripada Freedom yang bertajuk Mulanya di sini. Kami telah menjadikan Sanggar 12, Kolej Serumpun sebagai lokasi pengembaraan.

Lagu ini merupakan antara lagu lama yang dapat memberi kesan kepada kita. Tidak percaya?

Selamat menonton. Sekian Terima kasih.

BBM3410Satu2019: Fotografi 5 (Flatlay) Video Berkumpulan

Assalamualaikum.



Tugasan kali ini masih mengenai fotografi iaitu, Flatlay. Terdapat empat sudut untuk mengambil gambar Flatlay ini iaitu, full flatlay, half flatlay, quater flatlay dan zero flatlay. Pelajar perlu mengambil beberapa jenis gambar flatlay seperti flatlay manusia, makanan, minumam, barang dan bebas. 

Jadi, mari saksikan video flatlay daripada Wakanda Production.

BBM3410Satu2019: Fotografi 4 (Simpulan Bahasa)

Selamat pagi dan apa khabar pengguna setia blog.

Wakanda Productin membawakan anda sebuah video fotografi mengenai beberapa simpulan bahasa Melayu. Pelajar hanya perlu menangkap gambar dan melakonkan makna bagi simpulan bahasa tersebut sahaja. Jadi, penonton perlu meneka simpulan bahasa yang ingin di sampaikan melalui lakoknan daripada gambar tersebut. 



Ia membuktikan bahawa bahasa bukan sahaja boleh disampaikan melalui lisan, malah dari segi perbuatan dan tingkah laku juga sesuatu bahasa itu boleh terjadi.


BBM3410Satu2019: Fotografi 3 (Potret & Swafoto)

Salam membuat PITA kawan-kawan. Walaupun sibuk dengan PITA, tugasan prof jangan lupa ye. Redha.

Tugasan berkumpulan kali ini adalah perlu membuat satu video dan dimuat naik ke dalam youtube. Setiap ahli kumpulan perlu menangkap gambar potret dan gambar swafoto. Jadi kumpulan Wakanda Production mempunyai 12 keping gambar potret kerana ahlinya seramai 12 orang dan 5 keping gambar swafoto beramai-ramai. 




Nak tengok muka sorang-sorang ahli Wakanda Production? sila tekan link di bawah ya. 

Terima kasih. 

BBM3410Satu2019: Fotografi 2

Assalamualaikum, bertemu lagi kita di lama blog ini.

Oleh kerana, pelajar telah belajar serba sedikit mengenai asas fotografi, pelajar di minta untuk menangkap beberapa gambar mengikut asas fotografi yang betul. Ahli kumpulan diminta menangkap gambar tersebut dan membuat sebuah video untuk di masukkan ke dalam youtube masing-masing.





Link di bawah. Jangan lupa like dan subscribe ya. Wakanda Production.

BBM3410Satu2019: Minggu 12 Instagram

Assalamualaikum. Hari ini merupakan minggu ke-12 dan bermakna tinggal lagi dua minggu sahaja untuk bergelar pelajar UPM. 

Tugasan untuk minggu ke-12 ini adalah memuat naik dua gambar di akaun instagram iaitu mengenai emoji dan swafoto bersama prof. Gambar pertama ialah mengenai emoji. Aku memilih gambar budak yang mak aku mengasuh iaitu, Mohd Akif Firdaus dengan reaskinya sama seperti emoji yang terkejut sambil mulut ternganga. 

Emoji

Like dan komen dari prof.


Gambar swafoto bersama prof ini aku ambil pada hari khamis iaitu, 5 Desember 2019. Aku lari kejar bas sampai berpeluh semata-mata nak dapatkan gambar ini. Akhirnya, ada juga gambar aku dengan prof. Fuhh lega!

Swafoto bersama prof

Like dan komen dari prof.

BBM3410Satu2019: Minggu 11 Instagram

Assalamualaikum.

Tugasan untuk dimuat naik di akaun instagram minggu ini adalah bertemakan ibu dan keberkatan. Gambar pertama, pelajar perlu memuat naik gambar ibu masing-masing dengan menulis dialog antara ibu dan anak. Jadi aku meletakkan gambar mak aku dengan dialog berkenaan dengan makanan. Makanan dan aku berpisah tiada ya.


Ibu


Keberkatan

Gambar kedua pula ialah aku meletakkan chat daripada whatsapp antara aku dan mak aku. Aku menceritakan, segala perkara yang terjadi atau perkara yang aku akan lakukan, aku akan beritahu mak aku. Mungkin ini salah satu cara aku mohon keberkatan daripada mak abah aku sebelum aku buat sesuatu perkara.

Like dan komen dari prof.

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Ketika dan kalimat Salam minggu terakhir. Salam minggu ke-14. Bukan sekadar minggu akhir, malah ini merupakan semester terakhir di UPM...