Pengalaman Yang Tidak Mungkin Dilupakan
Tidak semua rasa mampu diungkap dengan kata. Tidak semua pengalaman mampu dikongsi bersama.
Ini kisah aku. Mungkin ada yang di antara kita sudah terbiasa dengan gelaran "budak asrama". Malah ada yang tidak. Bangga aku bila dapat gelaran "budak asrama" sebab aku anak bongsu. Pada mata sesetengah orang, anak bongsu ini manja dan tidak tahu mandiri. Atau ada yang di antara kita, memang sudah terbiasa tinggal berjauhan daripada keluarga sejak kecil.
Ringkasnya, aku bersyukur kerana dapat pengalaman tinggal di asrama. Dari sini aku belajar untuk hidup berdikari. Basuh baju sendiri, bangun pagi sendiri, segalanya aku cuba buat tanpa bantuan ibu bapaku. Terpisah dari ibu bapa sejak saya berusia 13 tahun, mungkin sudah terbiasa bagi orang lain. Tapi tidak bagi aku. Setiap minggu pasti ibu bapaku datang melawat dengan membawa bekal dari rumah. Makan bersama-sama di kawasan rehat yang telah disediakan.
Tinggal sebumbung bersama-sama ramai kawan di asrama adalah satu perkara paling berharga bagi aku. Mengenali antara satu sama lain, susah senang bersama-sama menjadikan hubungan kami bertambah erat dari hari ke hari. Pelbagai umur dan latar belakang, membuatkan aku belajar sesuatu daripada setiap dari mereka.
Walau kini kami sudah terpisah dek kerana usia dan tanggungjawab yang kian bertambah, ia bukanlah alasan untuk kami memutuskan hubungan. Ada antara kami yang masih belajar, sudah bekerja dan ada juga telah mendirikan rumah tangga. Kini, kami masih berhubung dan masih rapat walaupun sudah berada di haluan masing-masing.
Entah bila lagi kita boleh bertemu, aku juga tidak pasti. Aku cuma mahu kalian tahu, beruntungnya aku punya sahabat seperti kalian. Kalian adalah anugerah Tuhan buat aku. Moga kita berjiran di Syurga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat
Ketika dan kalimat Salam minggu terakhir. Salam minggu ke-14. Bukan sekadar minggu akhir, malah ini merupakan semester terakhir di UPM...
-
Salam minggu kelapan semua. Kelas amali hari ini, semua pelajar diminta untuk membuka satu lagi akaun media sosial iaitu, facebook. Ini...
-
Medium Shot Manusia Seram? Takut? Ruang usang ini sebenarnya cantik untuk bergambar. Tempatnya yang agak tersembunyi dan tidak ramai...
-
Hai Assalamualaikum. Gambar pertama di instagram adalah gambar kucing aku. Kucing aku betina dan diberi nama Ji. Sejak kecil, aku memang ...
No comments:
Post a Comment