Sunday, 15 December 2019

BBM3410Satu2019: Minggu 9 Kelas Amali (Facebook)

Hai Assalamualaikum semua. 

Tugasan dalam kelas Amali pada minggu kesembilan adalah berdasarkan tajuk Facebook Masih Digunakan di dalam buku Eh!!! Media Sosial. Pelajar dikehendaki untuk mencipta satu kata-kata motivasi sendiri. Pelajar juga perlu memberikan menghuraikan maksud bagi kata-kata motivasi tersebut. 


Tugasan kedua pula ialah, pelajar diminta untuk membuat satu penulisan berdasarkan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Ulasan ini mestilah berdasarkan bab 5 yang bertajuk Taksomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi.

1

2

3

4


BBM3410Satu2019: Minggu 8 Kelas Amali (Facebook)

Salam minggu kelapan semua.

Kelas amali hari ini, semua pelajar diminta untuk membuka satu lagi akaun media sosial iaitu, facebook. Ini akaun facebook aku, jangan lupa add ya.


Tugasan pertama di facebook adalah, memuat naik gambar daripada aktiviti 2 buku Eh!!! Media Sosial. Pelajar perlu menulis terlebih dahulu di dalam buku tersebut mengenai rutin harian atau cerita pendek yang dilalui setiap hari.


Tugasan seterusnya pula ialah, pelajar perlu mencipta pantun empat rangkap sebanyak dua perenggan. Pantun tersebut mestilah direka sendiri dan bukan pantun daripada orang lain. Pelajar juga diminta untuk membalas 5 pantun kawan di ruang komen mereka. 


Kami juga diminta untuk membalas pantun sekurang-kurangnya lima orang kawan di komen mereka. Ini antara komen balas pantun dari kawan-kawan aku.


Dan di bawah ini adalah balas pantun dari aku untuk posting kawan-kawan aku. Bawah ini aku balas pantun Faizah

Bawah ini aku balas untuk pantun Aqilla.


Di bawah ini aku balas pantun untuk Nadhirah

Dan di bawah ini balas pantun untuk Syazana

Balas pantun orang kelima adalah pantun Hafizah Din


Tugasan terakhir pada minggu kelapan ini ialah pelajar dikehendaki untuk membuat ringkasan. Ringkasan tersebut adalah ringkasan bab 4 yang bertajuk Strategi Komunikasi di dalam Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.


BBM3410Satu2019: Tugasan di Twitter

Salam sejahtera semua. 

Tugasan pada tarikh 24 Oktober 2019 pula adalah beberapa tugasan di akaun twitter. antaranya ialah, 

Bebenang mengenai cerita sosial bertajuk Jiran

Pelajar perlu merujuk cerita sosial 5 yang bertajuk Jiran di dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi untuk membuat bebenang di twitter. 






Tugasan di dalam buku dan dimasukkan ke dalam akaun twitter



Retweet lima tweet dengan komen 

Pelajar perlu mencari apa-apa sahaja tweet di twitter dan perlu retweet semula dengan komen. Retweet itu perlulah 5 tweet yang berbeza.






Cari beberapa berita terkini di akaun twitter

Pelajar juga perlu mencari 5 jenis berita terkini yang ada di dalam twitter dan menulis semula tajuk berita tersebut di dalam buku Eh!!! Media Sosial. 


BBM3410Satu2019: Twitter

Hai Assalamualaikum. Apa Khabar? 

Tugasan untuk kelas amali kali ini, pelajar diminta untuk membuka satu akaun Twitter. Jadi ini merupakan kali pertama aku wujudkan akaun twitter sebab sebelum ini tak pernah guna pun twitter. Aku sedikit teruja untuk pertama kali guna twitter ini. 



Hantaran pertama di twitter, semua pelajar perlu membuat bebenang mengenai cerita sosial daripada buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. 

1

2

3

4

Kami juga diminta untuk retweet bebenang beberapa orang kawan tentang tajuk yang sama. Jadi, ini antara orang yang aku retweet bebenang mereka. 


Masih tugasan di twitter. Kami diminta untuk menyiapkan aktiviti 1 di dalam buku Eh!!! Media Sosial mengenai sebuah cerita pendek. Setelah menulis di dalam buku, kami akan menagkap gambar untuk dimasukkan ke dalam akaun twitter. Aku memilih untuk menceritakan tentang satu resepi masakan iaitu, resepi Laksa Penang. Sebab apa aku pilih tajuk ini? sebab masa ini, aku tengah rindukan rumahhhh. 


Monday, 2 December 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Hal Assalamualaikum, salam minggu ke dua belas.


Buku Eh!!! Media Sosial mempunyai sebanyak lapan bab kesemuanya. Pada bab pertama yang bertajuk Media Sosial: Gambaran Keseluruhan, ia memberikan definisi media sosial  dan rangkaian sosial. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain kerana ia membantu masyarakat untuk berkongsi segala maklumat. Bab kedua yang bertajuk Twitter dan Trend Terkini, menceritakan mengenai penggunaan akaun twitter yang berada di tempat yang ke sembilan dalam penggunaan media sosial. Kebanyakan responden bersetuju bahasa akan twitter adalah salah satu media sosial yang mudah, pantas dan efisyen untuk menyampaikan maklumat. Seterusnya bab ketiga bertajuk Facebook Masih Digunakan, memperincikan bahawa akaun facebook mempunyai berjuta-juta pengguna tidak kira peringkat usia. Facebook adalah akaun yang sangat berkesan untuk pelajar berinteraksi melakukan sebarang tugasan atau aktiviti. Selain itu, pada bab keempat yang bertajuk Instagram Menyeronokan menceritakan mengenai kebanyakan masyarakat gemar menggunakan akaun instragram ini terutamanya golongan muda. Ia boleh didefiniskan sebagai sebuah telefon yang boleh berkongsi foto, video dan maklumat lain. Bab kelima pula bertajuk E-mel Masih Popular Pada Masa Ini, mennerangkan bahawa e-mel sangat berguna dalam situasi komunikasi antara guru dan pelajar sama ada secara formal atau tidak formal. Di samping itu, bab 6 bertajuk Blog di dalam Kelas Bahasa memberikan definisi blog iaitu sebagai satu medium perbincangan menulis terutamanya penulisan kreatif. Menurut kajian, blog dapat membantu pelajar Korea untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Manakala bab ketujuh iaitu, Isu dalam Rangkaian Sosial dalam Kalangan Pengguna memberi penjelasan mengenai penggunaan ragkaian sosial ini dapat memberi impak yang besar dalam masyarakat sama ada impak positif atau negatif. Bab terakhir pula bertajuk, Implikasi Pedagogi merumusakan bahawa media sosial dan rangkaian sosial telah memberi peluang untuk masyarakat mempelajari, meningkatkan kefasihan, menanam sikap positif dan membaiki prestasi pelajar terhadap bahasa yang berkesan.

Rujukan: Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019) Eh!!! Media Sosial: Terengganu, Univeristi Malaysia Terengganu.

Wednesday, 27 November 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim


Assalamualaikum warga blog, mari baca Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi oleh Normaliza Abd Rahim.

Buku kajian wacana dan strategi komunikasi teori dan aplikasi ini mempunyai tujuh bab kesemuanya. Ia menceritakan mengenai beberapa jenis teori yang dapat dikaitkan dengan komunikasi masyarakat. Pada bab pertama, buku ini menceritan tentang kajian wacana. Ia menerangkan menghuraikan definisi wacana menurut beberapa tokoh. Antaranya ialah, Hawthorn (1992) menyatakan bahawa wacana adalah satu kebahasaan yang dapat dilihat sebagai pertukaran antara pembicara dan pendengar melalui persekitaran. Manakala bab kedua pula bertajuk Teori dan Pendekatan Wacana yang mengemukan beberapa teori penting mengikut pakar-pakar wacana. Teori yang terkandung di dalamnya ialah, Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983), Teori Wacana Analisis Stubbs (1983), Teori Analisis Wacana Kritis Vandijk (1977), Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018), Teori Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018). Pada bab ketiga pula, buku ini mencerikan mengenai Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran. Kajian wacana pada bab ini meliputi tiga kajian wacana tekstual iaitu lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Nilai-nilai sosial yang terdapat di dalam kajian ini memberi implikasi terhadap masyarakat tentang pentingnya peribadi yang mulia. Bab keempat pula bertajuk strategi komunikasi. Ia menghuraikan maksud dan ciri-ciri komunikasi menurut beberapa tokoh. Ia juga menceritakan bagaimana sesebuah komunikasi itu boleh wujud melalui beberapa kajian yang telah dilakukan. Setiap komunikasi itu mempunyai tujuan tertentu yang dapat memberikan kesan kepada masyarakat. Pada bab keenam, ia menerangkan kajian komunikasi yang dilakukan terhadap kanak-kanak. Bab yang bertajuk Analisis Strategi Komunikasi dalam Kalangan Kanak-kanak ini dilakukan melalui ujian perbualan yang dilakukan oleh beberapa orang pelajar sekolah rendah. Kajian ini memberi implikasi kepada guru, ibu bapa dan pelajar kerana sesuatu komunikasi itu memberikan kesan yang bermakna. Kesimpulannya, buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi ini dapat menambahbaikan kemahiran tulisan, teks dan komunikasi dalam masyarakat.




Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Thursday, 10 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog di dalam Kelas Bahasa

Assalamualaikum semua. Hantaran kali ini mengenai ulasan buku Eh!!! Media Sosial. 

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Penulisan blog ini boleh dijadikan sebagai kegunaan peribadi atau berkongsi pandangan dengan orang ramai. Blog ini juga boleh digunakan untuk mempromosi dan mengiklankan sesuatu produk perniagaan. Medium ini bermula atas talian pada tahun 1991 dalam World Wide Web sebagai mod untuk berkongsi sebarang maklumat. Pada awalnya, blog ini mempunyai tiga ciri utama iaitu, mengandungi pautan ke arah yang lain dalam web, mempunyai komen pada pautan, interaktif serta saling berkait.

Nowson (2006) berpendapat bahawa blog merupakan laman web yang dikemas kini mengikut susunan kronologi manakala bahasa yang digunakan juga tidak formal dan kurang terhad. Hal ini mendapat sokongan daripada Levy (2009) yang menyatakan penulisan blog dapat menjadikan seseorang menjadi lebih baik. Misalnya, dapat meningkatkan keyakinan diri dan kreativiti seseorang.

Di dalam buku Eh!!! Media Sosial ini, Normaliza Abd Rahim telah menyenaraikan beberapa cara penulisan blog yang boleh diikuti. Antaranya ialah, tajuk menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Tajuk bagi penulisan blog mestilah memberi impak kepada pembaca untuk membacanya. Penulisan blog mestilah dapat dibaca dan difahami oleh semua golongan masyarakat. Penulis blog juga mestilah mempunyai ilmu sebelum memulakan penulisan di laman blog.

Beberapa kajian mengenai blog telah dilakukan dalam kalangan pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat penggunaan pelajar terhadap blog. Hasil kajian mendapat bahawa pelajar perempuan lebih cenderung untuk menulis di laman blog berbanding pelajar lelaki. Kajian juga mendapati bahawa kebanyakkan pengguna blog memilih untuk menulis cerita pendek atau cerpen di laman blog mereka. 

Bab 6 ini juga meenunjukkan cara penghasilan blog di dalam blogspot. Cara penghasilan blog ini ditunjukkan dari langkah pertama hingga langkah terakhir oleh Normaliza Abd Rahim (2014). Pelajar perlu mengikuti langkah-langkah yang telah dinyatakan untuk menghasilkan blog dengan baik.

Kesimpulannya, kajian yang dilakukan itu membuktikan bahawa salah satu cara untuk pelajar mempelajari ilmu kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi adalah melalui blog. Ia merupakan satu alat pembelajaran yang memberi kesan kepada dunia penulisan. 

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Ketika dan kalimat Salam minggu terakhir. Salam minggu ke-14. Bukan sekadar minggu akhir, malah ini merupakan semester terakhir di UPM...