Pertama sekali, aku ingin mengungkapkan rasa syukur kerana dibesarkan di dalam sebuah keluarga dengan cukup kasih sayang dan didikan. Hidup secara sederhana ini mengajar aku supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat dari Tuhan. Ibu ayah atau lebih selesa aku memanggil mereka dengan panggilan mak dan abah. Mereka merupakan tempat aku mengadu, tempat aku bermanja dan tempat aku untuk berkongsi segala rasa.
Seperti yang pernah diceritakan sebelum ini, aku merupakan anak bongsu di dalam keluarga. Jadi, di rumah aku lebih mesra menyapa diri aku sebagai 'adik'. Aku mempunyai enam orang adik beradik yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Kesemuanya abang dan kakakku telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak masing-masing.
Tanggal 18 Ogos tahun lepas, kakak kelima aku telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya. Jujurnya, aku berasa sedikit sedih kerana dialah yang paling rapat denganku kerana beza umur antara kami hanya setahun. Mungkin pada orang lain, ia satu perkara yang biasa. tetapi, janggal bagi aku kerana Siti Hajar merupakan satu-satunya kakak merangkap sahabat baikku.

Tidak dapat aku bayangkan hidupku jika keluargaku tiada di sisi. Mereka adalah kurniaan Tuhan yang paling indah buatku. Benarlah kata orang, tiada siapa yang mampu menggantikan ibu bapa kita apabila mereka sudah tiada nanti.
No comments:
Post a Comment