Thursday, 10 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog di dalam Kelas Bahasa

Assalamualaikum semua. Hantaran kali ini mengenai ulasan buku Eh!!! Media Sosial

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Penulisan blog ini boleh dijadikan sebagai kegunaan peribadi atau berkongsi pandangan dengan orang ramai. Blog ini juga boleh digunakan untuk mempromosi dan mengiklankan sesuatu produk perniagaan. Medium ini bermula atas talian pada tahun 1991 dalam World Wide Web sebagai mod untuk berkongsi sebarang maklumat. Pada awalnya, blog ini mempunyai tiga ciri utama iaitu, mengandungi pautan ke arah yang lain dalam web, mempunyai komen pada pautan, interaktif serta saling berkait.

Nowson (2006) berpendapat bahawa blog merupakan laman web yang dikemas kini mengikut susunan kronologi manakala bahasa yang digunakan juga tidak formal dan kurang terhad. Hal ini mendapat sokongan daripada Levy (2009) yang menyatakan penulisan blog dapat menjadikan seseorang menjadi lebih baik. Misalnya, dapat meningkatkan keyakinan diri dan kreativiti seseorang.

Di dalam buku Eh!!! Media Sosial ini, Normaliza Abd Rahim telah menyenaraikan beberapa cara penulisan blog yang boleh diikuti. Antaranya ialah, tajuk menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Tajuk bagi penulisan blog mestilah memberi impak kepada pembaca untuk membacanya. Penulisan blog mestilah dapat dibaca dan difahami oleh semua golongan masyarakat. Penulis blog juga mestilah mempunyai ilmu sebelum memulakan penulisan di laman blog.

Beberapa kajian mengenai blog telah dilakukan dalam kalangan pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat penggunaan pelajar terhadap blog. Hasil kajian mendapat bahawa pelajar perempuan lebih cenderung untuk menulis di laman blog berbanding pelajar lelaki. Kajian juga mendapati bahawa kebanyakkan pengguna blog memilih untuk menulis cerita pendek atau cerpen di laman blog mereka. 

Bab 6 ini juga meenunjukkan cara penghasilan blog di dalam blogspot. Cara penghasilan blog ini ditunjukkan dari langkah pertama hingga langkah terakhir oleh Normaliza Abd Rahim (2014). Pelajar perlu mengikuti langkah-langkah yang telah dinyatakan untuk menghasilkan blog dengan baik.

Kesimpulannya, kajian yang dilakukan itu membuktikan bahawa salah satu cara untuk pelajar mempelajari ilmu kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi adalah melalui blog. Ia merupakan satu alat pembelajaran yang memberi kesan kepada dunia penulisan. 

Tuesday, 1 October 2019

BBM3410Satu2019: Birds Eye View (Wakanda Production)

Birds Eye View



Seronokkan jadi burung. Bebas terbang ke mana sahaja. Melihat keindahan alam dari atas, melihat banyak keunikan alam. Dapat terbang jauh tinggal segala kekusutan dan segala kerja sebentar. Tapi jangan ditinggalkan kerja Multimedia ya.




Lihat jalan raya mungkin ada yang tidak sabar mahu pulang ke rumah. Rindu kampung halaman, rindu ayah bonda. Sabar. Sudah tidak lama mahu pulang. Ayah bonda sedang menunggu kita di rumah.




Tasek Serumpun ini cantik sebenarnya jika diperhati. Walaupun airnya tidak jernih dan bersih, ia tetap cantik di situ. Siapa pernah menaiki kayak di situ, tahulah betapa cantiknya tasek itu. Tapi orang lebih memilih tasek Bukit Ekspo daripada tasek ini. Walhal kedua-duanya sama sahaja.

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Wakanda Production)

Over The Shoulder



Menggunakan bahu Aqilla, kelihatan empat sekawan iaitu, Syazana, Qamarina, Sarah dan Fatin sedang bergambar. Muka gembira kerana baru menyiapkan salah satu tugasan minggu ini. Letih dan penat itu biasa. Tapi jangan sampai putus asa. Selagi boleh senyum, senyumlah seperti mereka di dalam gambar ini.




Menggunakan bahu Syazana, memperlihatkan wajah ceria Faizah dan Shawani di motosikal. Mahu menunggang moto ke mana?




Meminjam bahu si Amirah,  kelihatan cemburu daripada gadis berbaju biru di situ, Fatin. Mungkin dia ada menaruh hati terhadap jejaka yang bernama Ayob itu. Namun, si jejaka memilih gadis bertudung koko, Nadhirah sebagai pilihan hatinya. Cintakan tidak boleh dipaksa.

BBM3410Satu2019: Mugshot (Wakanda Production)

Mugshot



Gambar di atas menunjukkan emosi teruja. Dia berasa teruja melihat sesuatu yang disukai atau digemarinya. Misalnya, melihat makanan kegemaran di hadapannya. Siapa sahaja yang tidak teruja dan gembira apabila melihat makanan di depan mata. Mukanya jelas kelihatan teruja untuk mencuba makanan tersebut. Tambahan pula, makanan yang berada di hadapannya itu, jarang ditemui atau sudah lama dia tidak makan.




Mug Shot di atas memperlihatkan emosi sedih. Dia bersedih kerana rindu akan kampung halamannya. Barangkali dia rindu keluarganya kerana sudah beberapa bulan tidak pulang menemui mereka. Tinggal jauh daripada keluarga tercinta bukanlah suatu perkara yang mudah. Sedihnya, hanya dia seorang yang menanggung. Oleh kerana tidak dapat dibendung lagi rasa rindu itu, dia meluahkan rasa melalui air matanya.





Marah merupakan satu emosi atau perasaan yang perlu dikawal. Jika dibiarkan perasaan tersebut menguasai diri, nescaya banyak perkara buruk yang bakal berlaku. 

BBM3410Satu2019: Medium shot (Wakanda Production)

Medium Shot Manusia




Seram? Takut? Ruang usang ini sebenarnya cantik untuk bergambar. Tempatnya yang agak tersembunyi dan tidak ramai yang tahu. Mungkin kerana ia kelihatan sedikit seram dan menakutkan. Boleh sahaja jika kalian mahu pergi ke sini. Hanya di FBMK.


Membantu itu amalan mulia bukan. Jika kita melihat rakan di dalam kesusahan, bantulah mereka. Jangan biar mereka keseorangan.


Cantik bersanadar di pagar belakang. Pagar atau tiang? Kurang pasti. Sekadar mahu berehat dan melepas lelah mungkin sesuai di sini. Pokok dan rumput hijau di belakang tidak kurang cantiknya. Menaikkan lagi seri untuk mengambil gambar.

Medium Shot Pemandangan dan Manusia 


Lenggang kangkong empat sahabat ini. Dua orang berpayung, dua orang menggalas bag. Bersembang sambil berjalan, bertentangan mata. Berjalan seiringan, meluahkan rasa. Kebetulan tema biru dipakai itu menonjolkan lagi wajah ceria masing-masing.




Terbanglah sejauh mana yang engkau mahu. Sama seperti, lakukanlah apa sahaja yang kita mahulakukan. Asalkan tidak melupa diri. Sahabat ini adalah manusia yang akan ada disekelilingmu dalam apa jua perkara. Malah, dia akan membantumu mencapai cita-cita.




Jangan dilepas tangan itu. Sahabat itu memerlukan antara satu sama lain. Jika engkau berjalan, pimpinlah tangannya. Jika engkau mahu terbang, bawalah dia bersama. Siapa lagi yang akan sentiasa bersamamu jika bukan teman baikmu. Merekalah tempat untuk kita berkongsi rasa. 

BBM3410Satu2019: Long Shot (Wakanda Production)

Long Shot Pemandangan



Jauh perjalanan, luas permandangan. Seperti gambar ini, gigih kayuh basikal sampai ke atas bukit untuk bergambar. Jauh perjalanan sampai berpeluh-peluh panjat bukit belakang Dewan Za’ba semata-mata mahu ambil gambar. Penat yang berbaloi kerana dapat melihat pemandangan yang sangat indah dari atas. Cantik bukan gambar ini? Nampak banyak bangunan dan bukit bukau dari jauh.


Siapa sahaja yang tidak gemar untuk ke pantai. Pantai merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk beriadah bersama-sama keluarga. Tenang, nyaman dan indah. Itu adalah definisi paling tepat bagi menggambarkan suasana di pantai. Jangan difikirkan kulit terbakar jika berjemur di pantai. Pergi dan lihatlah ketenangan biru airnya.


 Gabungan tiga warna ini menaikkan lagi seri gambar ini. Warna-warna alam seperti hijau, biru dan koko merupakan satu kombinasi yang cukup sempurna. Tidak perlu terlalu padat dengan banyak perkara. Cukuplah ringkas seperti ini sudah memadai cerita disebalik gambar tersebut.

Long Shot Pemandangan dan Manusia





Ramai manusia sedang berebut-rebut untuk bergambar di sini. Permandangannya yang cantik, membuatkan mereka tidak lepas peluang untuk melakar kenangan di sini. Hijau pokoknya, membuatkan suasana menjadi tenang dan lebih nyaman. Hiasan pokok-pokok di sini mencerikan lagi suasana.


Pemandangan bersama seseorang yang sedang berjalan. Kelihatan dia berjalan seorang diri mungkin baru sahaja tamat kelas. Jalan yang lurus dan panjang membuatkan gambar ini nampak lebih jauh dan kecil. Pokok-pokok hijau yang tinggi di sebelah kiri dan kanan memainkan peranan untuk menstabilkan kedudukan gambar ini.  


Kelihatan kecil dan comel sahaja sebatang tubuh di tengah jalan itu. Berjalan seorang diri telah menjadi satu hobi dalam baginya. Dia lebih selesa untuk melakukan sesuatu atau pergi ke suatu tempat seorang diri. Bebas. Itulah yang dia mahukan. 

BBM3410Satu2019: Close Up (Wakanda Production)

Close Up Manusia

Gadis bermata coklat. Cantik, secantik peribadinya. Peribadi itu tidaklah boleh dinilai dari sudut luaran sahaja. Tetapi, peribadi yang baik akan menunjukkan penampilan yang baik dan sopan.


Lepas bersolek terus tertidur. Penat barangkali. Apapun cerita disebaliknya, gambar ini jelas menunjukkan dia sangat senang setelah disolek sedemikian. Merah bibirnya membuatkan dia kelihatan lebih berani untuk melakukan sesuatu.



Cari ketenangan dengan menghidu bau bunga. Tapi memang bunga itu berbaukah? Atau sekadar menghirup udara di tepi taman? Riak wajahnya yang ceria menunjukkan dia begitu menikmati alam.

Close Up Bukan Manusia 


Pada orang, nilai satu ringgit bukanlah besar mana. Tetapi pada sesetengah orang lagi, nilai ini cukup besar untuk meneruskan hidup mereka. Jangan kita suka membandingkan rezeki kita dengan orang lain. Rezekikan tidak pernah salah alamat.


Matahari bagunlah, indahkan hari ini. Bunga matahari ini cantik dan besar seperti matahari di langit. Sesuai dengan namanya, bunga ini terus mekar mengindahkan taman-taman bunga sekeliling. Warnanya yang menonjol membuatkan ramai peminat bunga ingin menanamnya di halaman rumah.


Kata mata ini ibarat nyawa bagi mereka yang mempunyai masalah rabun. Tiada kaca mata, ibarat tiada harapan lagi untuk hidup. Bila tidak memakai kaca mata dan tidak senyum kepada orang, dikatakan sombong pula. 




BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Ketika dan kalimat Salam minggu terakhir. Salam minggu ke-14. Bukan sekadar minggu akhir, malah ini merupakan semester terakhir di UPM...