Monday, 30 September 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Assalamualaikum.

Pertama sekali, aku ingin mengungkapkan rasa syukur kerana dibesarkan di dalam sebuah keluarga dengan cukup kasih sayang dan didikan. Hidup secara sederhana ini mengajar aku supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat dari Tuhan. Ibu ayah atau lebih selesa aku memanggil mereka dengan panggilan mak dan abah. Mereka merupakan tempat aku mengadu, tempat aku bermanja dan tempat aku untuk berkongsi segala rasa. 

Seperti yang pernah diceritakan sebelum ini, aku merupakan anak bongsu di dalam keluarga. Jadi, di rumah aku lebih mesra menyapa diri aku sebagai 'adik'. Aku mempunyai enam orang adik beradik yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Kesemuanya abang dan kakakku telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak masing-masing.


Tanggal 18 Ogos tahun lepas, kakak kelima aku telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya. Jujurnya, aku berasa sedikit sedih kerana dialah yang paling rapat denganku kerana beza umur antara kami hanya setahun. Mungkin pada orang lain, ia satu perkara yang biasa. tetapi, janggal bagi aku kerana Siti Hajar merupakan satu-satunya kakak merangkap sahabat baikku. 

Tidak dapat aku bayangkan hidupku jika keluargaku tiada di sisi. Mereka adalah kurniaan Tuhan yang paling indah buatku. Benarlah kata orang, tiada siapa yang mampu menggantikan ibu bapa kita apabila mereka sudah tiada nanti.





BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

Assalamualaikum. Hari ini saya akan kongsikan tip mudah belajar untuk anda.



Tip pertama, seorang pelajar haruslah bijak dalam mengurusakan masa. Pelajar perlu tahu membahagikan masa untuk belajar dengan perkara lain. Pemilihan waktu belajar yang baik juga dapat memberikan kesan yang baik dalam pembelajaran seseorang. Pemilihan waktu belajar adalah bergantung kepada kemampuan masing-masing. Sesetengah pelajar selesa belajar di waktu malam dan sesetengah pelajar memilih waktu pagi untuk mengulangkaji sesuatu pelajaran. Hal ini, setiap pelajar perlu tahu kemampuan masing-masing untuk memilih waktu belajar. Namun, sebaiknya elakkan baelajar di waktu petang selepas Asar. Waktu petang adalah waktu untuk berehat dan beriadah bersama-sama keluarga atau rakan-rakan. Bagi menjaga kualiti masa belajar, pelajar perlu menyediakan jadual belajar yang strategik. Pelajar perlu disiplin mengikut jadual belajar tersebut supaya pembahagian waktu lebih teratur dan baik.

Manakala tip kedua pula ialah, pelajar perlu sentiasa membuat membuat latihan. Pelajar perlu sentiasa membuat latihan terhadap pelajaran yang telah dipelajari. Ia dapat membantu pelajar untuk tidak mudah lupa perkara yang telah dipelajari. Hal ini pelajar akan mudah menguasai sesuatu topik dengan lebih cepat.

Semoga bermanfaat.


Thursday, 26 September 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Pengalaman Yang Tidak Mungkin Dilupakan




Tidak semua rasa mampu diungkap dengan kata. Tidak semua pengalaman mampu dikongsi bersama.

Ini kisah aku. Mungkin ada yang di antara kita sudah terbiasa dengan gelaran "budak asrama". Malah ada yang tidak. Bangga aku bila dapat gelaran "budak asrama" sebab aku anak bongsu. Pada mata sesetengah orang, anak bongsu ini manja dan tidak tahu mandiri. Atau ada yang di antara kita, memang sudah terbiasa tinggal berjauhan daripada keluarga sejak kecil.

Ringkasnya, aku bersyukur kerana dapat pengalaman tinggal di asrama. Dari sini aku belajar untuk hidup berdikari. Basuh baju sendiri, bangun pagi sendiri, segalanya aku cuba buat tanpa bantuan ibu bapaku. Terpisah dari ibu bapa sejak saya berusia 13 tahun, mungkin sudah terbiasa bagi orang lain. Tapi tidak bagi aku. Setiap minggu pasti ibu bapaku datang melawat dengan membawa bekal dari rumah. Makan bersama-sama di kawasan rehat yang telah disediakan.

Tinggal sebumbung bersama-sama ramai kawan di asrama adalah satu perkara paling berharga bagi aku. Mengenali antara satu sama lain, susah senang bersama-sama menjadikan hubungan kami bertambah erat dari hari ke hari. Pelbagai umur dan latar belakang, membuatkan aku belajar sesuatu daripada setiap dari mereka.

Walau kini kami sudah terpisah dek kerana usia dan tanggungjawab yang kian bertambah, ia bukanlah alasan untuk kami memutuskan hubungan. Ada antara kami yang masih belajar, sudah bekerja dan ada juga telah mendirikan rumah tangga. Kini, kami masih berhubung dan masih rapat walaupun sudah berada di haluan masing-masing.

Entah bila lagi kita boleh bertemu, aku juga tidak pasti. Aku cuma mahu kalian tahu, beruntungnya aku punya sahabat seperti kalian. Kalian adalah anugerah Tuhan buat aku. Moga kita berjiran di Syurga.

Sunday, 22 September 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk


Alim merupakan seorang kanak-kanak yang amat suka akan suasana di kampung datuk dan neneknya. Setibanya di kampung, Alim segera lari untuk melihat ayam dan itik di reban nenek dan datuknya. Alim menangis kerana ayam dan itik itu tiada di reban. Nenek datang memujuk Alim dan menunjukan reban ayan dan itik yang baharu. Entah mengapa Alim menangis lagi melihat kedaaan rumah nenek dan datuknya yang berubah. Suasana di kampung itu membuatkan hubungan keluarga Alim serta nenek dan datuknya menjadi lebih rapat. (Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Normaliza Abd Rahim 2019).


JENIS-JENIS MULTIMEDIA

1.  Facebook
Facebook merupakan antara media sosial yang mempunyai paling ramai pengguna. Pengguna Facebook ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dan golongan masyarakat. Kanak-kanak juga dapat memvaca pelbagai cerita sosial di laman Facebook.

2.  Instagram
Instagram merupakan satu media sosial yang majoriti pengikutnya terdiri daripada remaja. Di sini juga sesuai sekiranya penulis ingin menulis pelbagai cerita sosial untuk para pembaca.
                                  
3. Blog
Blog adalah satu platfom yang paling sesuai untuk penulis memulakan penulisan mereka dengan membuat banyak cerita sosial seperti ini. Pembaca dapat membacanya dengan lebih mudah dan santai. 

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog

Blog merupakan salah satu medium media sosial yang dapat digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada para pembaca. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat beberapa etika dalam penulisan blog. Antaranya ialah, tajuk yang menarik. Setiap blog haruslah menggunakan tajuk menarik yang mampu menarik perhatian pembaca. Tajuk merupakan perkara pertama yang dapat membuat sama ada pembaca akan terus membaca penulisan penulis atau sebaliknya.
            Seterusnya, penulisan blog mestilah mempunyai cerita yang menarik. Setiap cerita yang ditulis di dalam blog haruslah sebuah cerita menarik yang boleh menarik hati setiap pembaca. Sebelum menulis, penulis perlu memastikan bahawa isi cerita yang akan disampaikan itu lain daripada yang lain. Penulis harus mahir menyusun cerita dan maklumat di dalam penulisan blog.
            Penulisan blog juga harus dimasukkan ayat-ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkan lebih manarik. Ayat yang ditulis tidak perlu terlalu formal kerana ia bukanlah satu penulisan yang mempunyai format tertentu. Penulis seharusnya menulis dengan cara lebih santai supaya pembaca tidak mudah berasa bosan untuk membaca. Pembaca akan mudah bosan jika ayat yang ditulis itu terlalu formal sifatnya.
            Di samping itu, penulis blog harus memastikan bahawa terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan. Hujan yang dikemukan haruslah benar dan tepat agar pembaca dapat mempercayai penulisan tersebut. Huraian bagi setiap penulisan haruslah diambil daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Penulis harus memastikan bahawa maklumat yang hendak ditulis dipetik daripada beberapa kajian atau sumber yang benar.
            Justeru itu, setiap blog yang ditulis perlu dikaitkan dengan berita terkini. Segala maklumat yang disampaikan perlulah maklumat terbaharu dan bukannya maklumat yang lama. Pembaca menginginkan maklumat atau berita terkini yang akan ditulis dari semasa ke semasa. Jika penulis sentiasa mengemukan berita lama, pembaca boleh beranggapan bahawa penulis kurang peka terhadap isu-isu semasa yang berlaku.
            Seorang penulis blog haruslah menggunakan  perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Seperti yang kita tahu, pembaca blog terdiri daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Jadi, penulis tidak perlu menggunakan perkataan atau ayat yang terlalu tinggi tahapnya hingga menyukarkan pembaca untuk membacanya. Struktur ayat perlulah ringkas dan padat sesuai dengan isi yang ingin disampaikan.
            Tambahan pula, penulisan di dalam blog perlu dipastikan dapat dibaca dan difahami. Ayat yang dibina untuk penulisan blog perlulah ayat yang mudah untuk dibaca dan difahami oleh semua golongan pembaca. Blog bukanlah sesuatu yang bersifat formal, malah ia merupakan satu medium menyampaikan maklumat secara santai dan lebih ringkas. Penulis harus peka akan persekitaran blog dan pembaca sebelum membina penulis.
            Lebih-lebih lagi, blog yang dihasilkan harus dipastikan bahawa dapat berkomunikasi dengan pembaca. Penulis tidak perlu menulis blog sesuka hati tanpa dapat berkomunikasi dengan para pembaca. Hal ini agar maklumat yang disampaikan itu dapat dijadikan sebagai rujukan pembaca. Komunikasi dua hala ini sangat penting dalam proses penyampain maklumat agar penulis tahu kemahuan pembaca dan pembaca mudah memahami maklumat tersebut.
            Selain itu, penulis blog harus memasukkan moral dan nilai estetika dalam setiap penulisan mereka. Setiap maklumat yang ditulis perlulah mempunyai nilai dan moral kepada para pembaca. Kebiasaannya, pembaca akan memilih untuk membaca penulisan yang mempunyai nilai dan moral. Hal ini kerana ia dapat menjadi pedoman hidup buat pembaca blog. Penulis perlulah memastikan bahawa maklumat yangdisampaikan itu mempunyai keunikan tersendiri.
            Semua penulis blog yang ingin menulis blog dalam bentuk pendidikan perlulah seseorang yang berilmu. Penulis harus membuat sedikit penyelidikan atau kajian ringkas sebelum menulis sesuatu maklumat. Hal ini bagi memastikan bahawa maklumat yang ditulis itu bukanlah satu rekaan yang dapat membuat pembaca untuk mempercayainya. Jika seseorang itu tidak berilmu tetang perkara yang hendak disampaikan, ia akan menyampaikan maklumat yang kurang tepat.
            Kesimpulannya, sebelum menulis blog kita sebagai penulis haruslah mematuhi etika penulisan blog yang sedia ada. Hal ini bagi memastikan penulis tidak salah menggunakan medium penyampaian maklumat ini. 

Friday, 20 September 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

Lagu & Lirik: Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia



Saya kata "Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia 
Untuk saya

Terima Kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka



BBM3410Satu2019: DIRI

Assalamualaikum. 

Memperkenalkan diri saya, Siti Sarah binti Zakaria (191052) berumur 23 tahun. Saya merupakan anak kelahiran negeri Pulau Pinang, Pulau Mutiara. Saya merupakan anak bongsu. 

Saya telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Penanti, Bukit Mertajam. Saya mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma'arifil Wataniah, Kepala Batas Pulau Pinang. Seterusnya saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Menegah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir dalam jurusan kemanusiaan. Pada tahun 2016, saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat ijazah. Saya kini merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). 

Saya amat berharap agar dapat mencapai kejayaan yang boleh membanggakan ibu bapa saya pada masa akan datang. Saya juga berharap agar kursus ini mampu menjadikan saya seorang manusia yang lebih berani dan berdaya saing di alam pekerjaan nanti. 


BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Ketika dan kalimat Salam minggu terakhir. Salam minggu ke-14. Bukan sekadar minggu akhir, malah ini merupakan semester terakhir di UPM...