Ketika
dan kalimat
Salam minggu terakhir. Salam minggu ke-14. Bukan sekadar
minggu akhir, malah ini merupakan semester terakhir di UPM. Tiga tahun setengah
telah mengajar aku pelbagai perkara. Semester ketujuh iaitu, semester terakhir
ini aku berpeluang untuk belajar sesuatu yang baharu. Sesuatu yang bukan
tentang teori, sesuatu yang tidak memerlukan kamus dan sesuatu yang luar biasa.
Aku perpeluang untuk berjumpa dengan salah seorang yang sangat hebat di FBMK
iaitu, Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.
Buat prof, terima kasih kerana sudi mengajar kami. Terima kasih kerana tak jemu beri kami tunjuk ajar kepada kami semua bermula dari minggu pertama hingga minggu akhir. Walaupun kerja yang prof bagi terlalu banyak dan rasa macam tak mampu, tapi sebenarnya kamu semua dah berjaya siapkan. Hebat macam prof tak? Saya juga mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab pernah kutuk prof (jujur kan saya?). kami mohon doa dari prof, doakan kejaayaan kami semua. Saya pasti akan rindu prof, saya jujur!

Encik Akmal, terima kasih la nohh dok ajaq macam-macam
dalam kelaih. Ajaq buat blog, buat kalendar dan semualah. Mintak maap
banyak-banyak sebab ada termengutuk, termengata dan ter segala ter. Hidup
utaqa!
Tak lupa buat ahli Wakanda Production. Susah senang
sama-sama, berjemur tengah panas sama-sama, luang masa sama-sama, curah idea
sama-sama dan semua sama-sama. Bukan senang nak buat kerja satu kumpulan ada 12
orang. Macam-macam ragam, macam-macam karenah. Tapi, benda tulah yang
mematangkan kita suatu hari nanti. Terima kasih juga sebab sudi tolong dan bagi
kerjasama sepanjang kita buat video. Aku minta maaf kalau ada salah silap.
Wakanda forever yeayhhh!
Akhirnya untuk semua pelajar Multimedia dalam Bahasa,
terima kasih dan mohon maaf semuaaaaaa. Panjang umur kita jumpa lagi. Moga kita
semua sama-sama berjaya dunia akhirat. Insha-Allah. Reda itu penting ya!
Buat warga UPM dan geng BLM yang bakal dirindui, terima
kasih untuk segalanya!
Done diari tanpa sedar!